Akaun bantuankasihkucing.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

" NAK PAHALA BERPANJANGAN HINGGA AKHIRAT KELAK?"



" NAK PAHALA BERPANJANGAN HINGGA AKHIRAT KELAK?"


 PERNAH TERFIKIR ??

APA NASIB HAIWAN TERBIAR TATKALA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DILAKSANAKAN?

Dulu, ramai yang mangambil berat akan haiwan-haiwan terbiar di Pasar-pasar, di taman-taman, dan di tempat awam lain. Tapi, ujian Pandemik Covid19 tiba tanpa diduga. Mereka yang dulu sering berada di tempat-tempat awam, yang sentiasa menjaga kebajikan, memberi makan kepada haiwan-haiwan terbiar ini, kini sepi tanpa pengunjung.






Saudara dan saudari semua,

Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :


‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ


Maksudnya :  Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu .

Riwayat Muslim (1955)


Mungkin dengan kita membantu Makhluk-makhluk seperti kucing dan anjing terbiar, kita mendapat ganjaran syurga. Tidak semestinya kita sendiri yang perlu turun padang untuk memberi bantuan, dengan bersedekah sedikit daripada rezeki kita kepada mereka yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, turut dikira sebagai amal kebajikan.


SIAPA KAMI !!


Tak ramai yang tahu mengenai kewujudan 'kami', yang mengambil berat perihal kucing terbiar dan anjing jalanan. Kami,  BANTUAN HAIWAN PRIHATIN  ditubuhkan untuk membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan.

PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN PRIHATIN



PELBAGAI AKTIVITI TELAH KAMI JALANKAN

AKTIVITI KESUKARELAWANAN HARIAN



AKTIVITI RAWATAN DAN PENJAGAAN KUCING YANG KRITIKAL





Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan rawatan kucing/anjing terbiar. Pertubuhan kami sedang mengumpulkan dana untuk menubuhkan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar 

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa bagi meneruskan aktiviti ini.


KEMANA WANG ANDA DIAGIHKAN?

"IMPIAN KAMI BESAR, DANA KAMI KURANG"



BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?


Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti di bawah:


Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261


Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak. Dan dipanjangkan umur dalam redha ilahi.


PENAFIAN:

:)